Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Pucuk ubi tumbuk goreng

Daun ubi dikenali dengan masak apa pun sodap😋 tumbuk goreng,perkasam,rebus,masak lemak cili api.semua nyummss.. Bagi kaum bidayuh masakan ini adalah yang selalu dihidangkan untuk makan tengah hari mahupun malam. Kali ini kita nak bagi resepi daun ubi tumbuk goreng ( duon bandung poh ) bahasa bidayuh* Tumbuk pucuk ubi dalam lesung  Bahan-bahan diperlukan 2 genggam pucuk daun ubi* Serai 2 batang hiris halus* Terung pipit* 2 sudu minyak masak Garam Bawang putih 5 ulas** Bawang merah 3 ulas** Halia 3cm** Ikan bilis 1 genggam (cuci)** Cara-caranya Tumbuk halus pucuk daun ubi dan bahan bertanda * Bahan bertanda ** tumbuk asing Panas kan minyak dan tumis bahan bertanda ** Setelah naik harum masukkan bahan bertanda * Tambahkan garam dan 2 sudu besar air kosong bertujuan agar masakan tidak terlalu kering. Bila pucuk ubi mula layu boleh la padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Telur Rebus

Tahukan anda bagaimana caranya mendapatkan telur rebus yang sempurna setiap kali anda menghidangkannya?Menyediakan telur rebus adalah antara hidangan yang paling mudah disediakan.Namun kalau terlebih masa atau kurang masa memasaknya anda pasti kecewa dengan hasil nya. Bahan-bahan ; Telur 3 biji Air  Cara-Caranya ; Masuk kan telur kedalam periuk.Isikan air sehingga hampir menutupi telur tersebut. Tutup periuk dan pasangkan api. Setelah air mmula mendidih biarkan selama 4 -7 minit untuk mendapatkan telur rebus yang pejal. Untuk menghentikan proses memasak masukkan telur ke dalam mangkur berisi ais atau pun lalukan di bawah air mengalir. gambar dari www.deliciousmeetshealthy.com Boleh dimakan begitu sahaja atau pun letak kicap sikit atau pun taburkan paprika atau lada sulah.

Ramen Pedas Lemak Berkrim

Siapa suka makanan pedas?? Sorry kali ni ter'post makanan yang kurang sihat pulak 😅 .. Jiwa kacau la Yang ni pedas dia boleh tahan sebab adanya rasa lemak-lemak dari serbuk cabonara tu..perhh sedap Sebelum duduk menjamu selera sila sediakan air sirap sejuk atau pun susu segar yang sejuk ye..kalau tak nanti kepedasan. Lagi satu kalau makan tu kene nganga mulut luas-luas. Kalu tak nanti habis pipi dan bibir pedas. Cara-cara menyediakan; Masukkan satu paket ramen ke dalam air yang mendidih. Masak sampai ramen lembut lebih kurang 4 minit. Tos kan air dah tuangkan perencah ke atas mi. Gaul rata  Boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau.syiokk!!

Linut

LINUT Have you ever taste linut? I am sure theres still quite a number of you out there who have never try it before.Linut is a traditional food of ethnic group in sarawak_Kaum Melanau.Linut is made of sago flour,mixed with hot water. Juk Dian Juk Piyang(kuah) Bagi masyarakat bidayuh pula cara menikmati nya adalah berlainan pula.Biasanya kuah nya la yang menarik.Kuah yang popular adalah sup tempoyak bersama kepayang  Dalam kuah tu boleh d masukkan macam-macam ..ikut cita rasa sendiri la  Resepi (2pax) Bahan A tempoyak 1 senduk  air ml ikan bilis *tumbuk halus tepus * x da pun x pe cendawan tiram/telinga kepayang Bahan B Cili padi tumbuk segala jenis ulam-ulaman Resepi Linut Air mendidih Tepung sago Cara-cara ; gaul sebati tempoyak dengan air ke dalam periuk.masaukkan semua bahan A. Didihkan dan tambahkan garam secukup rasa. Sendukkan kuah ke dalam pinggan.tambah kan cili jika suka pedas. Ambil sedikit linut...

Kepayang

Kepayang Pernah dengar kiasan  sayang-sayang buah kepayang di telan mabuk di buang sayang..Namun berapa ramaikah yang mengenali buah kepayang? buah kepayang matang buah kepayang yang matang biji yang siap dibersihkan Kepayang siap diproses Namun bagi masyarakan bidayuh buah kepayang adalah tidak asing lagi.Rasanya enak dan seperti kekacang. Buah kepayang memang memabukkan dan pahit.Namun selepas di proses dengan cara yang betul ianya akan menjadi makanan yang lazat dan menyelerakan. Buah kepayang ini merupakan antara spesies yang dikenali sebagai pokok beracun. Ketinggian pokok kepayang menyamai pokok durian. Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput kuning dan sedikit berlendir. My mommy selalu buat ni.. Buahnya seperti bentuk bola ragbi tu bujur sedikit dan bewarna coklat. Buah kepayang ni kena belah dulu,dalam nya diselaputi selaput kekuningan dan sedikit berlendir.Asingkan  dan basuh biji yang berkul...