Skip to main content

Ramen Pedas Lemak Berkrim

Siapa suka makanan pedas?? Sorry kali ni ter'post makanan yang kurang sihat pulak 😅 .. Jiwa kacau la


Yang ni pedas dia boleh tahan sebab adanya rasa lemak-lemak dari serbuk cabonara tu..perhh sedap


Sebelum duduk menjamu selera sila sediakan air sirap sejuk atau pun susu segar yang sejuk ye..kalau tak nanti kepedasan.
Lagi satu kalau makan tu kene nganga mulut luas-luas.
Kalu tak nanti habis pipi dan bibir pedas.

Cara-cara menyediakan;


  • Masukkan satu paket ramen ke dalam air yang mendidih.
  • Masak sampai ramen lembut lebih kurang 4 minit.
  • Tos kan air dah tuangkan perencah ke atas mi.
  • Gaul rata 





Boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau.syiokk!!


Comments

Popular posts from this blog

Kepayang

Kepayang Pernah dengar kiasan  sayang-sayang buah kepayang di telan mabuk di buang sayang..Namun berapa ramaikah yang mengenali buah kepayang? buah kepayang matang buah kepayang yang matang biji yang siap dibersihkan Kepayang siap diproses Namun bagi masyarakan bidayuh buah kepayang adalah tidak asing lagi.Rasanya enak dan seperti kekacang. Buah kepayang memang memabukkan dan pahit.Namun selepas di proses dengan cara yang betul ianya akan menjadi makanan yang lazat dan menyelerakan. Buah kepayang ini merupakan antara spesies yang dikenali sebagai pokok beracun. Ketinggian pokok kepayang menyamai pokok durian. Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput kuning dan sedikit berlendir. My mommy selalu buat ni.. Buahnya seperti bentuk bola ragbi tu bujur sedikit dan bewarna coklat. Buah kepayang ni kena belah dulu,dalam nya diselaputi selaput kekuningan dan sedikit berlendir.Asingkan  dan basuh biji yang berkul...

Pucuk ubi tumbuk goreng

Daun ubi dikenali dengan masak apa pun sodap😋 tumbuk goreng,perkasam,rebus,masak lemak cili api.semua nyummss.. Bagi kaum bidayuh masakan ini adalah yang selalu dihidangkan untuk makan tengah hari mahupun malam. Kali ini kita nak bagi resepi daun ubi tumbuk goreng ( duon bandung poh ) bahasa bidayuh* Tumbuk pucuk ubi dalam lesung  Bahan-bahan diperlukan 2 genggam pucuk daun ubi* Serai 2 batang hiris halus* Terung pipit* 2 sudu minyak masak Garam Bawang putih 5 ulas** Bawang merah 3 ulas** Halia 3cm** Ikan bilis 1 genggam (cuci)** Cara-caranya Tumbuk halus pucuk daun ubi dan bahan bertanda * Bahan bertanda ** tumbuk asing Panas kan minyak dan tumis bahan bertanda ** Setelah naik harum masukkan bahan bertanda * Tambahkan garam dan 2 sudu besar air kosong bertujuan agar masakan tidak terlalu kering. Bila pucuk ubi mula layu boleh la padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih panas.