Skip to main content

Kepayang

Kepayang
Pernah dengar kiasan  sayang-sayang buah kepayang di telan mabuk di buang sayang..Namun berapa ramaikah yang mengenali buah kepayang?


buah kepayang matang


buah kepayang yang matang

biji yang siap dibersihkan

Kepayang siap diproses

Namun bagi masyarakan bidayuh buah kepayang adalah tidak asing lagi.Rasanya enak dan seperti kekacang.

Buah kepayang memang memabukkan dan pahit.Namun selepas di proses dengan cara yang betul ianya akan menjadi makanan yang lazat dan menyelerakan.
Buah kepayang ini merupakan antara spesies yang dikenali sebagai pokok beracun. Ketinggian pokok kepayang menyamai pokok durian.
Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput kuning dan sedikit berlendir.
My mommy selalu buat ni.. Buahnya seperti bentuk bola ragbi tu bujur sedikit dan bewarna coklat.
Buah kepayang ni kena belah dulu,dalam nya diselaputi selaput kekuningan dan sedikit berlendir.Asingkan  dan basuh biji yang berkulit keras .
Selepas itu bolehlah rebus kan biji kepayang dalam periuk selama 1 jam.My mommy selalu rebus kat dapur kayu dan asingkan periuk yang digunakan.
Selepas sejuk biji-biji kepayang itu perlu di pecahkan kulit nya dan hanya mengambil isi dalam nya yang berwarna coklat sahaja.
Isi kepayang itu perlu direndam di dalam bekas besar dan biarkan  sedikit air mengalir ,nak jimatkan tenaga tukarkan air rendaman berulang kali.
Kemudian tutupkan bekas tersebut dengan penapis atau kain bersih.
Rendaman kepayang dibiarkan lebih kurang dua hari atau tiga hari barulah tak mabuk dan hilang pahitnya.
Proses memang rumit jadi jangan hairan harga nya memang mahal.
Tos air dan boleh lah di simpan di dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk.Boleh di nikmati pelbagai cara.

:)





Comments

Popular posts from this blog

Ramen Pedas Lemak Berkrim

Siapa suka makanan pedas?? Sorry kali ni ter'post makanan yang kurang sihat pulak 😅 .. Jiwa kacau la Yang ni pedas dia boleh tahan sebab adanya rasa lemak-lemak dari serbuk cabonara tu..perhh sedap Sebelum duduk menjamu selera sila sediakan air sirap sejuk atau pun susu segar yang sejuk ye..kalau tak nanti kepedasan. Lagi satu kalau makan tu kene nganga mulut luas-luas. Kalu tak nanti habis pipi dan bibir pedas. Cara-cara menyediakan; Masukkan satu paket ramen ke dalam air yang mendidih. Masak sampai ramen lembut lebih kurang 4 minit. Tos kan air dah tuangkan perencah ke atas mi. Gaul rata  Boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau.syiokk!!

Pucuk ubi tumbuk goreng

Daun ubi dikenali dengan masak apa pun sodap😋 tumbuk goreng,perkasam,rebus,masak lemak cili api.semua nyummss.. Bagi kaum bidayuh masakan ini adalah yang selalu dihidangkan untuk makan tengah hari mahupun malam. Kali ini kita nak bagi resepi daun ubi tumbuk goreng ( duon bandung poh ) bahasa bidayuh* Tumbuk pucuk ubi dalam lesung  Bahan-bahan diperlukan 2 genggam pucuk daun ubi* Serai 2 batang hiris halus* Terung pipit* 2 sudu minyak masak Garam Bawang putih 5 ulas** Bawang merah 3 ulas** Halia 3cm** Ikan bilis 1 genggam (cuci)** Cara-caranya Tumbuk halus pucuk daun ubi dan bahan bertanda * Bahan bertanda ** tumbuk asing Panas kan minyak dan tumis bahan bertanda ** Setelah naik harum masukkan bahan bertanda * Tambahkan garam dan 2 sudu besar air kosong bertujuan agar masakan tidak terlalu kering. Bila pucuk ubi mula layu boleh la padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Telur Rebus

Tahukan anda bagaimana caranya mendapatkan telur rebus yang sempurna setiap kali anda menghidangkannya?Menyediakan telur rebus adalah antara hidangan yang paling mudah disediakan.Namun kalau terlebih masa atau kurang masa memasaknya anda pasti kecewa dengan hasil nya. Bahan-bahan ; Telur 3 biji Air  Cara-Caranya ; Masuk kan telur kedalam periuk.Isikan air sehingga hampir menutupi telur tersebut. Tutup periuk dan pasangkan api. Setelah air mmula mendidih biarkan selama 4 -7 minit untuk mendapatkan telur rebus yang pejal. Untuk menghentikan proses memasak masukkan telur ke dalam mangkur berisi ais atau pun lalukan di bawah air mengalir. gambar dari www.deliciousmeetshealthy.com Boleh dimakan begitu sahaja atau pun letak kicap sikit atau pun taburkan paprika atau lada sulah.