Skip to main content

Ramen Pedas Lemak Berkrim

Siapa suka makanan pedas?? Sorry kali ni ter'post makanan yang kurang sihat pulak 😅 .. Jiwa kacau la


Yang ni pedas dia boleh tahan sebab adanya rasa lemak-lemak dari serbuk cabonara tu..perhh sedap


Sebelum duduk menjamu selera sila sediakan air sirap sejuk atau pun susu segar yang sejuk ye..kalau tak nanti kepedasan.
Lagi satu kalau makan tu kene nganga mulut luas-luas.
Kalu tak nanti habis pipi dan bibir pedas.

Cara-cara menyediakan;


  • Masukkan satu paket ramen ke dalam air yang mendidih.
  • Masak sampai ramen lembut lebih kurang 4 minit.
  • Tos kan air dah tuangkan perencah ke atas mi.
  • Gaul rata 





Boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau.syiokk!!


Comments

Popular posts from this blog

Pucuk ubi tumbuk goreng

Daun ubi dikenali dengan masak apa pun sodap😋 tumbuk goreng,perkasam,rebus,masak lemak cili api.semua nyummss.. Bagi kaum bidayuh masakan ini adalah yang selalu dihidangkan untuk makan tengah hari mahupun malam. Kali ini kita nak bagi resepi daun ubi tumbuk goreng ( duon bandung poh ) bahasa bidayuh* Tumbuk pucuk ubi dalam lesung  Bahan-bahan diperlukan 2 genggam pucuk daun ubi* Serai 2 batang hiris halus* Terung pipit* 2 sudu minyak masak Garam Bawang putih 5 ulas** Bawang merah 3 ulas** Halia 3cm** Ikan bilis 1 genggam (cuci)** Cara-caranya Tumbuk halus pucuk daun ubi dan bahan bertanda * Bahan bertanda ** tumbuk asing Panas kan minyak dan tumis bahan bertanda ** Setelah naik harum masukkan bahan bertanda * Tambahkan garam dan 2 sudu besar air kosong bertujuan agar masakan tidak terlalu kering. Bila pucuk ubi mula layu boleh la padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Telur Rebus

Tahukan anda bagaimana caranya mendapatkan telur rebus yang sempurna setiap kali anda menghidangkannya?Menyediakan telur rebus adalah antara hidangan yang paling mudah disediakan.Namun kalau terlebih masa atau kurang masa memasaknya anda pasti kecewa dengan hasil nya. Bahan-bahan ; Telur 3 biji Air  Cara-Caranya ; Masuk kan telur kedalam periuk.Isikan air sehingga hampir menutupi telur tersebut. Tutup periuk dan pasangkan api. Setelah air mmula mendidih biarkan selama 4 -7 minit untuk mendapatkan telur rebus yang pejal. Untuk menghentikan proses memasak masukkan telur ke dalam mangkur berisi ais atau pun lalukan di bawah air mengalir. gambar dari www.deliciousmeetshealthy.com Boleh dimakan begitu sahaja atau pun letak kicap sikit atau pun taburkan paprika atau lada sulah.